My Add

Wednesday, 20 February 2013

Mortar meletup berhampiran Istana Presiden Syria

DAMSYIK, RABU, 20 Februari, 2013: Dua peluru mortar yang dilancarkan pemberontak meletup berhampiran Istana Presiden Tishreen, di sini semalam kejadian pertama selepas kebangkitan rakyat Syria untuk `menjatuhkan’ Presiden Bashar al-Assad.

Bagaimanapun, serangan oleh Tentera Pembebasan Syria (FSA) itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Agensi berita Syria, SANA berkata, serangan itu mengenai hospital kanak-kanak di barat Damsyik, beberapa ratus meter dari dari Istana Presiden yang dilaporkan bukan kediaman sebenar Assad.

Dalam kejadian berasingan di Aleppo, 10 kanak-kanak merupakan antara sekurang-kurangnya 23 mangsa yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu di Jabal Badro, lewat malam kelmarin, lapor Pemerhati Syria bagi Hak Asas Manusia. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment