My Add

Saturday 9 February 2013

PBB sokong pilihan raya di Mali

NEW YORK, SABTU, 09 Februari, 2013: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menyatakan sokongan penuhnya dalam memberikan bantuan kepada Mali bagi mengadakan pilihan raya pada penghujung Julai ini.

Ketua Politik PBB, Jeffrey Feltman, berkata sementara campur tangan tentera Perancis di Mali adalah disokong bagi menentukan keamanan di negara Afrika itu, kestabilan perlu dicapai menerusi penentuan kuasa politik.

Sehubungan itu, katanya perancangan yang diumumkan Presiden Mali, Dioncounda Traore baru-baru ini dan diluluskan di Parlimen yang antara lain keperluan diadakan dialog serta pilihan raya umum.

Katanya, kedua-dua langkah itu penting bagi memastikan keadaan politik Mali pulih kembali.

Perancis melancarkan operasi tentera di Mali pada 11 Januari lalu bagi menentang kumpulan ektremis Islam yang menceroboh selatan negara itu selepas menguasai bahagian utara. - AP

No comments:

Post a Comment