My Add

Sunday 10 February 2013

Pemimpin, ahli UMNO, komponen BN kikis sikap eksklusif
 
 MOHAMAD HASAN 
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
SEREMBAN, AHAD, 10 Februari, 2013: "Kita jangan bersikap eksklusif, iaitu kita sama kita sahaja... syok sendiri sehingga tidak mempedulikan orang lain. Kita mesti bersikap inklusif supaya hasrat pemimpin kita melihat kesejahteraan dinikmati bersama tercapai.

"Sifat eksklusif itu akan mendatangkan pelbagai kesan negatif sehingga mampu membuatkan ada pihak yang terasa dianaktitrikan dan terasing."

Demikian peringatan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan da Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada semua pemimpin dan ahli-ahli UMNO serta parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), khususnya di negeri ini.

Beliau menegaskan, usaha mengikis dan meninggalkan sikap tersebut amat penting demi memastikan BN terus kekal relevan di hati rakyat sekali gus mengekalkan keharmonian negara.

Bercakap ketika merasmikan Bangunan Baru Wisma Gagah Satria di Seremban 2, di sini, Mohamad berkata:

"Apabila ada perasaan negatif timbul dan terbit, orang akan marah, sebab itu kita kena bersikap inklusif, semua orang sama, semua kita bantu.



"Bagi bantuan, bawa maklumat kepada kerajaan, walaupun dia bukan ahli UMNO tapi dia atau anaknya susah kita tolong, dia bukan ahli kariah masjid kita, kita tolong juga," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment