My Add

Tuesday 26 February 2013

Perogol bersiri dipenjara 20 tahun, sebat 10 kali

Oleh YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU, SELASA, 26 Februari, 2013: Seorang perogol, Amran Che Jaafar, 30, yang dikaitkan dengan lebih 20 kes rogol di negeri ini, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati tertuduh, seorang duda berasal dari Bachok, bersalah merogol seorang pelajar yang kini berusia 23 tahun, di sebuah bilik asrama pada 9 Februari 2010.

Azman memutuskan demikian setelah berpuas hati dengan perbicaraan kes berkenaan yang membabitkan keterangan daripada tujuh orang saksi.

Beliau turut memerintahkan hukuman itu dijalankan selepas tertuduh yang sebelum ini dipenjara 28 tahun dan 17 sebatan atas beberapa pertuduhan merogol, merompak, pecah rumah dan menikam paha gadis yang gagal dirogolnya, selesai menjalani hukuman tersebut.

Ini menjadikan jumlah hukuman yang terpaksa dijalani oleh tertuduh ialah penjara 48 tahun dan sebatan sebanyak 27 kali. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment