My Add

Friday 1 March 2013

Jamal Abdillah buat konsert kenang P. Ramlee

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
KUALA LUMPUR, KHAMIS 28 Feb. - Raja Pop, Jamal Abdillah akan mengadakan konsert solo untuk mengenang karya Tan Sri P. Ramlee di Panggung Sari, Istana Budaya selama empat malam berturut-turut bermula 30 Mei depan.

Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam
Kenangan itu akan berlangsung selama dua jam setiap malam.

Menurut Jamal, dia akan mendendangkan kira-kira 30 buah lagu popular
nyanyian Tan Seri P.Ramlee.

"Saya adalah peminat P.Ramlee dan amat mengagumi karyanya.

Untuk konsert ini saya mahu penonton yang hadir merasai jiwa
seni seniman itu menerusi lagu-lagu popularnya," katanya yang ditemui di
Istana Budaya di sini hari ini.

Jelasnya, persembahannya akan diiringi oleh kira-kira 55
pemuzik orkestra yang terdiri daripada pelajar Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Katanya, dia akan membahagikan konsert itu kepada lapan segmen, antaranya pop yeh yeh, pancasitara, lagu-lagu duet dan lagu-lagu jenaka.

"Untuk setiap segmen ada keunikan tersendiri. Contohnya untuk segmen pancasitara, saya akan bergandingan bersama Isma Aliff, Musly Ramly, Azlina Aziz dan Nas Adila. Dua penyanyi wanita itu akan bergilir setiap malam menyanyi bersama saya," katanya.

Sementara itu, tiket-tiket yang ditawarkan untuk konsert tersebut berharga RM458, RM408, RM308, RM208, RM108, RM88 dan RM58 yang boleh dibeli menerusi www.ticket2u.biz. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment