My Add

Friday 29 March 2013

Kerajaan BN diminta bina kilang jika perintah Kelantan - Ibrahim Ali

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA BHARU, KHAMIS, 28 Mac, 2013: Kerajaan Pusat akan diminta membuka beberapa kilang di Pasir Mas untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi kuasa memerintah negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ahli Pa KHAMIS,,rlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau berjanji melakukan perkara itu sebagai hadiah kepada rakyat dan memastikan Kelantan maju seiring dengan negeri lain di Malaysia.

Katanya, kilang pengeluaran menghasilkan komponen kereta Proton dan Perodua paling sesuai dibuka di negeri ini memandangkan ia berjaya dibuktikan dengan pembukaan kilang syarikat-syarikat berkenaan di Kulim, Kedah.

"Kerajaan Pusat akan buat stadium di Ketereh dan ini hadiah untuk penduduk di sini dan saya juga berjanji akan meminta beberapa buah kilang dibuka di Pasir Mas supaya rakyat ada kerja.

"Satu kilang jumlah pekerja sekurang-kurangnya 2,000 kalau dua kilang sudah 4,000 maka anak tempatan yang berpelajaran tinggi kita bagi jawatan tinggi yang pendidikan rendah boleh bagi jawatan biasa.

"Saya bagi contoh kereta Proton, ada 200 komponen yang dibuat oleh kilang jadi ia juga boleh dibuka di Kelantan seperti yang ada di Kulim, Kedah dan negeri-negeri lain," katanya ketika berceramah di Kedai Melor, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment