My Add

Friday 29 March 2013

PKR diberi tempoh seminggu

Oleh SITI NURAZIAH ZAINAL ALAM
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Mac, 2013: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang diberi tempoh seminggu untuk memohon maaf secara terbuka kepada Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berhubung penggunaan gambar beliau pada satu poster milik parti pembangkang itu.

Syed Ali menyifatkan angkara tersebut sebagai perbuatan khianat dan menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab.

“Saya tiada mempunyai kaitan dalam apa jua program anjuran pembangkang. Sehubungan itu, saya cabar mereka yang terlibat untuk menyatakan permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Syed Ali berkata demikian sebagai mengulas poster yang mengaitkan nama dan foto beliau sebagai salah seorang individu yang dikatakan akan menghadiri program Pidato Lahad Datu anjuran PKR Pahang esok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment