My Add

Friday 29 March 2013

Malaysia antara pelabur terbesar di Afrika: Najib
 
 
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Mac, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia adalah pelabur ketiga terbesar di Afrika selepas Perancis dan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, Malaysia juga mendahului China dari segi saiz pelaburan langsung asingnya (FDI) di Afrika.

"Malaysia sudah mengatasi China dari segi saiz FDI ke Afrika, menjadikan kita pelabur ketiga terbesar di belakang Perancis dan US. Ia berpotensi menjadi keluaran ekonomi yang kukuh," kata Najib dalam tweet terkininya hari ini.

Artikel berita Reuters menerbitkan data Pertubuhan Bangsa Bersatu baru-baru ini yang menunjukkan Malaysia merupakan pelabur ketiga terbesar di Afrika pada 2011, tahun terkini data itu diperoleh, di belakang Perancis dan US, meletakkan China dan India ke tempat keempat dan kelima.

Ia berkata bagi Malaysia, pelabur terbesar di Afrika termasuk Petronas dan Sime Darby.
Laporan itu yang dipetik oleh Reuters, menyebut: "Portfolio FDI global Malaysia meningkat lebih daripada empat kali ganda dalam dekad lepas kepada $106 bilion pada akhir 2011.

Daripada jumlah itu, $19.3 bilion di Afrika, lebih daripada $16 bilion pelaburan Afrika dimiliki China dan $14 bilion lagi dipegang oleh India." - BERNAMA

No comments:

Post a Comment