My Add

Friday 29 March 2013

Malaysia atasi China dalam saiz FDI di Afrika

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 28 Mac \, 2013: Walaupun China merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia, Malaysia berupaya mengatasi negara republik itu dalam saiz pelaburan langsung asing (FDI) di benua Afrika.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedudukan itu menjadikan Malaysia sebagai negara pelabur ketiga terbesar di benua tersebut, selepas Perancis dan Amerika Syarikat (AS).

"Malaysia telah mengatasi China dalam saiz FDI di Afrika, menjadikan kita pelabur ketiga terbesar di benua itu selepas Perancis dan AS. Potensi untuk pengeluaran (output) ekonomi yang kuat," katanya melalui laman Twitter beliau hari ini.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu, negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh bagi mempercepatkan proses transformasi Malaysia.

"Kerajaan yang lemah mengakibatkan ketidakstabilan dan keadaan tidak menentu. Sesuatu yang tidak boleh kita biarkan," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam satu lagi mesej Twitter mengajak rakyat menyertai beliau dan barisan menteri Kabinet dalam acara Kayuhan Patriotik 1Malaysia di Putrajaya pada 3 April depan.

Katanya, penyertaan orang ramai mampu menyemarakkan semangat 1Malaysia yang didukung kerajaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment