My Add

Monday 18 March 2013

Pas Kelantan patut bantu, bukan politikkan PPR - Fatmi

Oleh YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU, AHAD, 17 Mac, 2013: Kerajaan Pas Kelantan tidak sepatutnya mempolitikkan pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wakaf Mek Zainab di sini kerana ia merupakan keperluan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, pelaksanaan projek itu dengan majlis pecah tanahnya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu, akan menguntungkan rakyat terutama warga Kota Bharu yang sangat memerlukan rumah mampu milik.

Ini kerana, kata beliau, meskipun kerajaan Pas telah memerintah Kelantan selama lebih 22 tahun, namun masih gagal menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat negeri ini khususnya penduduk Kota Bharu.

Tambahnya, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa Perdana Menteri bakal merasmikan projek perumahan tidak sah, sama sekali tidak timbul.

"Projek ini keperluan, kehendak rakyat, mengapa nak dipolitikkan. Kalau ia tak sah, sahkan, kalau tak lulus, luluskan. Apa matlamat dia (Takiyuddin) nak cetuskan kesangsian rakyat yang amat memerlukan rumah mampu milik.

"Projek ini menguntungkan rakyat kerana kosnya sebanyak RM160,000 seunit, tetapi dijual pada harga hanya RM35,000 seunit, dengan subsidi kerajaan sebanyak RM125,000 seunit," katanya kepada pemberita di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment