My Add

Saturday 16 March 2013

PM tepati janji, pecah tanah 1,000 unit rumah PPR Kota Bharu

Oleh YULPISMAN ASLI dan MOHD. ZUHARMAN MOHD. NOOR
KOTA BHARU 15 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu sebanyak 1,000 unit di

Mukim Bandar dekat sini yang dibina khas untuk warga bandar ini.

Pelaksanaan projek itu merupakan satu rekod apabila dilaksanakan dalam tempoh 53 hari selepas dijanjikan oleh Perdana Menteri pada 20 Januari lalu, selain bukti kukuh kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janji yang telah dibuat.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut mengumumkan berita gembira buat warga Kota Bharu bahawa rumah terbabit berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit, akan dijual pada harga hanya RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000.

Pengumuman Perdana Menteri itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh ribuan penduduk Kota Bharu yang menghadiri majlis tersebut.

"Hari ini kita telah tunaikan janji kepada rakyat, hanya dalam tempoh 53 hari tak perlu tunggu 22 tahun. Ini bukan sandiwara, bukan janji lagi, jauh sekali 'belawok' (tipu), tapi sudah jadi realiti, janji telah ditunaikan.

"Saya minta rakyat Kelantan jangan sangsi, tujuh janji (projek mega yang dijanjikan) akan ditunaikan," katanya pada majlis pecah tanah PPR tersebut di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment