My Add

Saturday 16 March 2013

RCI siasat isu Lahad Datu wajar: Dr. Mahathir

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Mac, 2013: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sebagai kerajaan yang terbuka ada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mencari dalang di sebalik insiden pencerobohan di Sabah.

Beliau berkata, penubuhan RCI itu mampu menjawab persoalan yang timbul di kalangan rakyat Malaysia.

"Saya juga tertanya-tanya dan ingin tahu siapa yang terlibat dan bagaimana mereka mendapat sumber kewangan.

"Kerajaan sekarang sangat terbuka, jika rakyat ingin tahu, maka kita boleh tubuhkan suruhanjaya itu," katanya selepas menyampaikan cek sumbangan RM80,000 Perdana Global Peace Foundation (PGPF) kepada Tabung Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diwakili Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu, kerajaan tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan itu.

Katanya, siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan di Lahad Datu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.

Menurut Dr Mahathir, ramai pihak mempersoalkan bagaimana Jamalul Kiram III mampu membiayai pergerakkan kumpulan penceroboh yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu itu.

"Saya tidak rasa dia (Jamalul Kiram) orang kaya, kerajaan Filipina turut mengesahkan yang mereka dari kumpulan yang miskin.

"Operasi yang dilakukan itu memerlukan sumber kewangan yang besar, jadi bagaimana mereka memperolehinya, semua orang ingin tahu," katanya.

Dr Mahathir sekali lagi menegaskan yang Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan telah diiktiraf diperingkat antarabangsa.

"Sabah tetap milik Malaysia, ada rakyat Sabah berketurunan Sulu dan ra - Sinar Harianmai juga pemimpin negara serta masyarakat yang berketurunan Sulu, tetapi mereka setia," katanya. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment