My Add

Sunday 17 March 2013

Ribut salji, angin kuat landa Budapest


BUDAPEST,SABTU, 16 Mac, 2013: Beribu-ribu penduduk terperangkap termasuklah di dalam kereta selepas ribut salji dan angin kuat melanda bandar ini semalam, menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

Persatuan Palang Merah Hungary menganggarkan kira-kira 10,000 orang termasuk pelancong dan warga asing terperangkap di Lebuh Raya M1 yang menghubungkan antara bandar Budapest dan sempadan Austria.

Sementara itu, di bahagian barat Hungary pula, kira-kira 13,000 penduduk daripada 57 buah kampung terputus hubungan.

Salji tebal telah menyekat laluan di 160 batang jalan raya serta menyebabkan lima landasan kereta api terkandas, sekali gus menyebabkan penduduk terputus bekalan elektrik.

Dalam kejadian tersebut, beribu-ribu pekerja kecemasan dikerah untuk memberi bantuan, membersih jalan serta memulihkan bekalan elektrik.

Kira-kira 10,000 penduduk di bandar ini dijangka menyertai perhimpunan politik besar-besaran sempena Hari Kebangsaan, bagaimanapun pihak kerajaan dan pembangkang terpaksa membatalkan majlis tersebut ekoran tragedi itu. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment