My Add

Saturday 2 March 2013

Tian Chua ahli politik jijik, bebal - Syed Ali

KUALA LUMPUR, SABTU,, 02 Mac, 2013: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua merupakan ahli politik yang jijik, bebal dan tidak waras apabila menuduh kematian dua anggota keselamatan dalam insiden di Lahad Datu sebagai konspirasi UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Ahli Parlimen Batu itu tidak seharusnya mempolitikkan isu kematian dua anggota tersebut yang mempertahankan negara daripada penceroboh asing.

Menurutnya, Tian Chua sepatutnya lebih prihatin terhadap keselamatan negara khususnya membabitkan pencerobohan dilakukan kumpulan penceroboh Kesultanan Sulu itu.

"Apa yang jelas Tin Chua adalah seorang pemain politik yang paling jijik, bebal dan tidak berfikiran waras apabila menuduh kematian dua anggota keselamatan tersebut sebagai konspirasi terancang UMNO," tegasnya seperti dipetik dari blog UMNO Bahagian Cheras.

Dalam kenyataan menerusi Keadilan Daily semalam, Tian Chua membuat dakwaan kematian dua anggota komando polis tersebut sebagai konspirasi terancang dilakukan oleh UMNO.

Kenyataan tersebut kata beliau, bukan sekadar tidak berasas malah secara langsung menghina pasukan keselamatan dan keluarga dua anggota polis yang terkorban.

Syed Ali melahirkan rasa kesal ketika kaum keluarga anggota polis yang terkorban itu sedang berdukacita, Tian Chua pula membuat kenyatan yang tidak sepatutnya.

"Mungkin kerana anggota polis itu daripada keturunan Melayu, maka Tian Chua terlalu biadab dengan menuduh UMNO merancang konspirasi," ujarnya.

Sebaliknya jelas belau, jika membabitkan bukan Melayu sudah pasti Tian Chua akan 'melalak' dengan melempakan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment