Tiga anggota tentera maut helikopter terhempas di Rusia
MOSCOW, AHAD, 17Mac, 2013: Tiga anggota tentera terbunuh selepas sebuah helikopter tentera Rusia terhempas ketika cuba mendarat dalam cuaca buruk di Chechnya, semalam.
Menurut pasukan penyiasat, nahas itu berlaku di lapangan terbang tentera Khankala di wilayah Caucasus Utara.
"Helikopter Mi-8 milik pangkalan tentera berhampiran wilayah Stavropol itu terhempas akibat cuaca buruk.
"Nahas itu menyebabkan tiga anak kapal terbunuh di tempat kejadian, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah," kata pasukan tersebut. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment