My Add

Tuesday 2 July 2013

19 anggota bomba maut selepas terperangkap dalam kebakaran

PRESCOTT (Arizona), SELASA, 02 Julai, 2013: Seramai 19 anggota bomba elit maut selepas terperangkap dalam kebakaran besar-besaran di sini, semalam.

Tragedi itu adalah satu kehilangan terbesar bagi negara dalam tempoh 80 tahun membabitkan kerja-kerja memadam kebakaran.

Pada kebakaran petang semalam, seramai 20 anggota bomba dari Unit Gunung Granite Hotshots terperangkap dalam kebakaran, bagaimanapun seorang terselamat selepas keluar dari trak unit berkenaan.

Kebakaran yang merebak sehingga 34 kilometer persegi itu memusnahkan kira-kira 50 kediaman dan menjejaskan kehidupan kira-kira 250 penduduk tempatan di sebuah perkampungan pergunungan kira-kira 136 kilometer dari barat laut Phoenix, kata Sheriff Jabatan Wilayah Yavapai. - AP/BH

No comments:

Post a Comment