My Add

Tuesday 2 July 2013

41 terkorban serangan terbaru di Iraq

BAGHDAD, SELASA, 02 Julai, 2013: Lebih 2,500 orang awam terbunuh di Iraq dalam tempoh tiga bulan lalu, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sambil menambah bahawa serangan terbaru hari ini meragut 41 nyawa sekali gus mencetuskan kebimbangan negara itu ke dalam kancah peperangan.

Keganasan terbaru itu tercetus berikutan protes hampir sebulan di kalangan kaum Sunni Arab di kawasan tegang wilayah utara Iraq.

Sementara itu, penganalisis memberi amaran bahawa ketegangan dan keganasan yang tercetus boleh berterusan sehingga pilihan raya umum tahun depan.

Awal pagi ini, keganasan tercetus di kawasan bergolak di utara Baghdad menyebabkan 41 orang terkorban. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment