My Add

Friday 5 July 2013

2 pegawai kanan Petronas mengaku tak bersalah rasuah

 * TERTUDUH, Idris M. Shuhud (menutup muka dengan beg) dan Ishak Yusof (paling kiri) keluar dari kamar perbicaraan selepas selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Dua pegawai kanan Petronas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 12 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram lebih RM426,000 antara 2008 dan 2012.

Pengurusn Kanan Projek Penggantian Saluran paip Projek Petronas Carigali Sdn. Bhd., Idris M. Shuhud, 47, didakwa atas lima tuduhan menerima rasuah RM403,000 bagi bayaran pembelian dan pengubahsuaian rumahnya sebagai upah kelulusan dokumen urusan rasmi Petronas.

Dia juga didakwa atas empat pertuduhan penggubahan wang haram berjumlah rm385,000 antaranya bagi tujuan pembayaran deposit pembelian rumah yang sama.

Sementara itu, Pengurus Kanan Pengurusan Risiko Pelanggan Petronas, Ishak Hashim, 47, didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM23,000 sebagai upah pembekalan cecair gas asli kepada sebuah syarikat kontraktor pembelian minyak.

Pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zin. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment