My Add

Friday 5 July 2013

Pekerja kabel terkejut jumpa mayat rentung

 * PASUKAN forensik memeriksa mayat rentung yang ditemui dua pekerja pemasangan kabel di Jalan Bukit Ampang-Hulu Langat, di Ampang, Selangor hari ini. - UTUSAN
AMPANG, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Sekumpulan pekerja pemasangan kabel terkejut selepas menemui satu mayat rentung di tempat pembuangan sampah haram di tebing bukit Jalan Ampang-Hulu Langat berdekatan Menara Tinjau hari ini.

Mayat yang terbakar hampir 99 peratus itu ditemui pekerja terbabit kira-kira pukul 10.45 pagi dan terus memaklumkannya kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Md. Nazri Nawawi berkata, ketika ditemui tubuh mayat itu masih terbakar dan pihaknya sedang menyiasat sama ada mangsa dibunuh di tempat lain atau di lokasi penemuan itu. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment