My Add

Thursday 4 July 2013

22 warga asing termasuk 13 GRO ditahan

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

MELAKA, RABU, 03 Julai, 2013: Pemilik sebuah pusat hiburan di Jalan Melaka Raya di sini masih tidak serik walaupun premis itu diserbu dua kali oleh Jabatan Imigresen sepanjang dua minggu lalu.

Berikutan kedegilan itu pihak berkuasa melakukan serbuan ketiga yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Salmah Omar serta 15 pegawai bermula pukul 9 malam tadi.

Dalam serbuan itu, lima wanita yang berpakaian seksi dan bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) terdiri daripada tiga warga Vietnam dan dua warga China ditahan.

Turut diserbu adalah sebuah pusat hiburan berhampiran dan hasil serbuan itu lapan GRO warga Vietnam ditahan.

Penolong Pengarah Imigresen negeri, Asani Ladjani berkata, kesemua GRO yang ditahan berusia antara 20 hingga lingkungan 30-an.

Menurutnya, sewaktu diserbu kesemua mereka sedang sibuk melayan pelanggan di bilik-bilik karaoke yang terdapat di premis berkenaan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment