My Add

Wednesday 3 July 2013

30 tan dadah dirampas di Amerika Tengah, Caribbean

LYON, RABU, 03 Julai, 2013:: Polis di Amerika Tengah dan Caribbean dilaporkan merampas hampir 30 tan dadah yang dianggarkan bernilai AS$822 juta (630 juta euro) dalam satu operasi bersepadu, demikian menurut Interpol hari ini.

Pegawai yang terbabit dalam operasi yang membabitkan 34 negara itu turut menahan 142 suspek.

Serbuan bersepadu yang diselaraskan oleh Interpol dari pejabatnya di San Salvador, bermula antara 27 Mei dan 14 Jun lalu, demikian menurut Interpol dalam satu kenyataan.

Operasi kenali 'Operation Lionfish' itu merampas 24 tan kokain, 5.7 tan dadah 'hashish' dan empat kilogram heroin.

Polis turut menahan 15 bot dan merampas 42 senjata api.

Selain negara Caribbean dan Amerika Tengah, Britain, Kanada, Belanda, Sepanyol dan Amerika Syarikat turut menyertai Operation Lionfish. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment