My Add

Wednesday 3 July 2013

9 maut serangan Taliban di depot bekalan NATO di Kabul

KABUL, RABU, 03 Julai, 2013: Satu serangan senjata dan bom trak Taliban ke atas depot bekalan tentera NATO di ibu negara Kabul, semalam menyebabkan sembilan terbunuh.

Empat tentera warga Nepal, seorang warga Britain dan Romanian adalah antara tentera yang terbunuh dalam serangan bom berkenaan.

Ia susulan beberapa siri serangan terbaru Taliban yang mensasarkan Mahkamah Agung, lapangan terbang dan istana presiden.

“Empat pengawal warga Nepal, seorang pengawal Afghanistan dan dua orang awam tempatan turut terbunuh," kata Ketua Polis Kabul, Mohammad Ayoub Salangi.

Beliau berkata serangan berlaku kira-kira jam 4.30 pagi waktu tempatan itu ke atas tempatan penyimpanan bekalan NATO termasuk makanan, air, minyak dan peralatan lain.

Kawasan serangan itu berdekatan dengan pejabat dan beberapa pangkalan NATO. - AFPBH

No comments:

Post a Comment