My Add

Monday 29 July 2013

375 kotak rokok seludup dirampas di Labuan

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

LABUAN, ISNIN, 29 Julai, 2013: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) daerah ini merampas sejumlah 375 kotak rokok yang cuba diseludup masuk ke negara ini di Pantai Merapok di sini malam kelmarin.

Komander Maritim Malaysia Labuan, Che Adnan Md. Isa berkata, dalam serbuan pukul 8 malam itu, pihaknya turut merampas sebuah lori dan sebuah bot laju yang digunakan untuk membawa rokok berkenaan.

"Bagaimanapun ketika operasi seorang suspek dapat meloloskan diri ke kawasan semak berhampiran selepas menyedari kehadiran anggota kami," katanya di sini hari ini.

Menurut Che Adnan, kesemua barangan rampasan termasuk lori dan bot dianggarkan bernilai RM700,000 dan rokok berkenaan dipercayai cuba dipasarkan ke Labuan dan Sarawak.

Tambahnya, kejayaan rampasan berkenaan adalah hasil maklumat awam dan intipan daripada pihaknya.

Kes ini disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan beliau meminta orang ramai terus memberi maklumat kepada pihak berkuasa bagi membanteras aktiviti penyeludupan di negeri ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment