My Add

Monday 29 July 2013

8 remaja mengaku tidak bersalah rogol gadis

Oleh ALI MAHMOOD dan MOHAMAD SHOFI MAT ISA

TEMERLOH, ISNIN, 29 Julai, 2913: Lapan remaja termasuk empat juvana dituduh bersubahat dan merogol secara bergilir-gilir seorang gadis bawah umur di kawasan tanah lapang laluan masuk ke dalam ladang getah Bukit Kebuk, Maran pada 22 Julai lalu.

Kesemua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah semasa menghadapi pertuduhan di dua mahkamah berasingan iaitu di Mahkamah Sesyen Temerloh dan Mahkamah Majistret Maran dekat sini hari ini.

Lima daripada tertuduh termasuk seorang juvana berusia antara 17 hingga 20 tahun dihadapkan di Mahkamah Sesyen Temerloh dan tiga lagi juvana didakwa di Mahkamah Majistret Maran. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment