My Add

Monday 29 July 2013

Muhdalena hantar representasi kepada Peguam Negara

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, ISNIN, 29 Julai, 2013: Peguam yang mewakili Muhdalena Ahmad, M. Visvanathan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, beliau akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan yang dihadapinya oleh anak guamnya.

Tertuduh, 28, didakwa melakukan ugutan jenayah dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) manakala Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, yang mengaku dirinya 'Imam Mahadi' terbunuh dalam kejadian yang berlaku tahun lalu.

Visvanathan memberitahu, beliau akan mengemukakan representasi tersebut berikutan keadaan kesihatan wanita itu yang tidak mengizinkannya hadir ke mahkamah.

Peguam bela menyatakan, kandungan representasi itu bergantung kepada laporan perubatan terkini berhubung keadaan mental Muhdalena yang akan dikeluarkan oleh Hospital Putrajaya dalam beberapa hari lagi. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment