My Add

Thursday 4 July 2013

Anwar nafi miliki 20 akaun bank di luar negara

KUALA LUMPUR, RABU, 03 Julai, 2013: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pendedahan Ahli Parlimen Simpang Renggam yang diperoleh dari WikiLeaks, mendakwa beliau mempunyai 20 akaun bank di luar negara.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, terus menyalahkan blogger UMNO atas pendedahan tersebut.

"Saya sudah semak, tiada langsung laporan itu di WikiLeaks. Ini dimulakan oleh blogger UMNO dan Simpang Renggam (Liang Teck Meng) membaca teks yang diedarkan UMNO.

"Ia (dakwaan) tidak berasas. Dia kata daripada WikiLeaks, bila diperiksa, ia (maklumat) daripada blogger UMNO, pasport pun lain, nombor pun lain dan semua lain," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Teck Meng membuat pendedahan berhubung dakwaan Anwar mempunyai 20 akaun di luar negara dengan jumlahnya mencecah AS$66 juta (RM209 juta) dan SG49 juta (RM123 juta).

Beliau berkata, 20 akaun tersebut masing-masing terdapat di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura serta China dan kesemua maklumat itu diperoleh daripada internet seperti didedahkan oleh WikiLeaks.

Kata beliau, setiap akaun mempunyai maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Dalam pada itu, Anwar turut memberi peluang kepada Teck Meng untuk membuat penjelasan berhubung pendedahan tersebut.

Menurutnya, sekiranya gagal berbuat demikian, beliau akan merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment