My Add

Thursday 4 July 2013

Asoghan dakwa 547 perwakilan haram mengundi CEC DAP

BUTTERWORTH, RABU, 03 Juai, 2013: Bekas Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, G. Asoghan mendakwa sebanyak 547 orang dikenal pasti sebagai "perwakilan haram" dari Pulau Pinang telah mengundi dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada Disember lalu.

Beliau mendakwa, perwakilan haram itu mengundi bagi memastikan "Dinasti Lim" terus berkuasa dalam DAP.

"Kalau betul 547 perwakilan haram itu tidak wujud, saya cabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk beri senarai lengkap perwakilan layak hadir bagi membuktikan tiada pengundi haram seperti yang saya dapat maklumat.

"Saya juga mahu tanya Guan Eng sama ada betulkah sebenarnya 1,300 perwakilan yang sah dan bukannya setakat 753 orang yang tidak dijemput dengan notis mesyuarat rasmi intuk mengambil bahagian dalam proses pemilihan parti?" katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, kepimpinan DAP terutama Guan Eng harus menjawab dan memberi penjelasan berhubung semua dakwaan yang dibangkitkan oleh anggota di peringkat akar umbi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment