My Add

Thursday 4 July 2013

Pelancong asing tumpaskan peragut isterinya

PULAU PINANG, RABU, 03 Julai, 2013: Tindakan seorang pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meragut pelancong asing wanita membawa padah apabila dia berjaya diberkas suami mangsa.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam tadi di Lorong Love di sini semasa wanita warga China itu sedang merakamkan gambar bersama suami dan anaknya.

Suspek yang menunggang motosikal meragut beg tangan mangsa ketika dia leka merakamkan gambar.

Mangsa yang merupakan anggota polis di China dikatakan tergamam seketika sebaik sahaja beg tangannya diragut sebelum menjerit meminta tolong.

Suami mangsa sempat bertindak menolak suspek sehingga rebah di atas jalan sebelum menahan dan membawanya ke balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek berusia 31 tahun itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menemukan semula barangan milik yang diragut.

"Hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis morfin dan suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

"Polis akan menghantar surat kepujian kepada suami mangsa yang telah menunjukkan keberanian membantu membuat tangkapan melalui Pejabat Kedutaan China di negara ini," katanya hari ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu ragut. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment