My Add

Tuesday 30 July 2013

Bukti mainan politik - Zahid

Oleh HASHNAN ABDULLAH
 
 
* DR. Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Lee McClenny di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA.ISNIN, 29 Julai, 2013{ Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pendedahan seorang arkitek urus janji kapal selam Scorpene berhubung isu pembelian tersebut serta Altantuya Shaariibuu sebagai bukti wujudnya satu mainan politik pihak tertentu.

Beliau berkata, apa yang dikatakan oleh Jasbir Singh Chahl merupakan kenyataan yang beliau sebut berkali-kali semasa menjawat jawatan Menteri Pertahanan serta di Parlimen.

"Meskipun isu ini agak lama untuk dirungkai permasalahannya tetapi tidak terlambat bagi polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada.

"Malah, kita merasakan jika ada pihak yang buat laporan polis terhadap tuduhan dan fitnah oleh Suaram, pihak polis akan ambil tindakan kerana ia telah mencalar imej negara dan pemimpin negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Kuasa Usaha Duta Amerika Syarikat Ke Malaysia, Lee McClenny di pejabatnya di sini hari ini.

Kelmarin, pengakuan Jasbir yang berani bersumpah bahawa beliau tidak pernah berjumpa dan mengenali Altantuya selain model itu tidak terlibat atau berada di Perancis sepanjang proses rundingan pembelian Scorpene.

Mengulas mengenai dakwaan isteri kepada peguam P. Uthayakumar yang suaminya tidak diberikan layanan rawatan sewajarnya di penjara, Ahmad Zahid berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya cuba mencetuskan provokasi terhadap Jabatan Penjara.

"Saya telah bertanya Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar dan beliau mengesahkan bahawa semua banduan tanpa mengira siapa telah diberikan layanan sama, jadi janganlah nak minta layanan VIP (terlalu istimewa) pula," katanya.

"Pihak penjara juga akan menjalankan pemeriksaan sewajarnya untuk memastikan sama ada Uthayakumar memerlukan rawatan di hospital penjara atau pakar berkaitan," katanya.

Uthayakumar dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jun lalu selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menulis sepucuk surat berbaur hasutan kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown enam tahun lalu. - UTUSAN 

1 comment:

  1. BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!!
    Feyilfatma nama saya, tinggal di malaysia, saya adalah seorang Muslim yang taat Saya mahu menggunakan
    Media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati dengan penipu kerana mereka everywhere.Few bulan yang lalu saya dari segi kewangan ke bawah, dan kerana keperluan saya, putus asa dan kemiskinan, saya telah scammed oleh beberapa syarikat yang dipanggil pinjaman dalam talian. Saya tidak berputus asa sehingga kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dipanggil Puan theresa yang memberi pinjaman pinjaman tidak bercagar $ 57,000 dalam masa 24 jam tanpa tekanan, pada mulanya ia adalah seperti mimpi bagi saya sehingga saya melihat ansuran pertama saya amaran 2 jam selepas saya pakai. Saya menggalakkan rakan-rakan malaysia yang memerlukan pinjaman untuk sila hubungi Cik Theresa melalui: theresaloancompany@gmail.com
    Berhati-hati! Anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui: feyzilfatma@gmail.com

    ReplyDelete