My Add

Friday 5 July 2013

Dua beradik gagal dapat permohonan semakan

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, JUMAAT, 05 Julai, 203: Dua beradik perempuan diperintah oleh Mahkamah Rayuan hari ini menjalani hukuman penjara lima tahun lapan bulan terhadap dua tuduhan mencederakan dan dua tuduhan mencabul kehormatan seorang pembantu rumah warganegara Indonesia, hampir 10 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian selepas menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh Wong Choy Ling, 42, dan adiknya, Wong Choy Kin, 40.

Kedua-duanya memohon untuk menyemak keputusan Mahkamah Rayuan terdahulu yang menolak permohonan mereka bagi mendapat kebenaran merayu. Kebenaran Mahkamah Rayuan diperlukan bagi merayu keputusan kes yang bermula di Mahkamah Majistret.

Kedua-dua beradik itu didakwa mencederakan dan mencabul mangsa yang ketika itu berusia 18 tahun dengan cara memasukkan pisang, hujung botol minuman 100 plus dan biskut ke dalam kemaluannya.

Mereka diwakili oleh peguam-peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Rajpal Singh manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment