My Add

Friday 5 July 2013

Imigresen Perak tahan 36 pendatang asing

IPOH, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Sebanyak 36 warga asing termasuk 11 wanita ditahan Jabatan Imigresen negeri dalam serbuan di sebuah kawasan rumah kongsi di Klebang, Chemor dekat sini awal pagi ini.

Dalam operasi bermula pukul 1.30 pagi hingga 2.15 pagi itu, tiga orang anak pendatang asing warga Indonesia berusia antara empat bulan hingga dua tahun turut ditahan.

Kesemua yang ditahan disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di negara ini.

Operasi diketuai Pengarah Imigresen negeri, Ahmed Syam Che Kub, melibatkan sebanyak 138 pegawai dan anggota dari Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment