My Add

Thursday 4 July 2013

Guan Eng 'main wayang'?

PULAU PINANG, RABU, 03 Julai, 2013: Tidak pasti sama ada benar-benar ikhlas atau sekadar 'main wayang', Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengakui keputusan tidak membenarkan sesi soal jawab dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kali ini sesuatu yang pelik.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata, beliau hairan dengan keputusan itu dan akan turut mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit mengenainya.

"Sepatutnya sesi soal jawab perlu dibenarkan. Saya difahamkan keputusan ini dibuat atas saranan Penasihat Undang-undang negeri dan ia diputuskan oleh Setiausaha DUN yang menguruskan hal dewan sebelum pelantikan Speaker baru," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN, Datuk Jahara Hamid memberitahu, keputusan sedemikian jelas menghakis amalan demokrasi berparlimen di negara ini.

"Peraturan mesyuarat yang tidak membenarkan sesi soal jawab telah menutup peluang wakil rakyat mengutarakan isu dan perkembangan semasa kepada kerajaan negeri.

"Tidak pernah terjadi dalam sejarah DUN negeri ini. Mulut kami sudah ditutup dan terpaksa mengikut sahaja.

"Ini tindakan tidak demokrasi dan menyalahgunakan kuasa kerana menafikan hak kami selaku wakil rakyat untuk bertanya soalan," katanya.

Sementara itu, ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata, beliau yang sudah menjadi wakil rakyat selama tiga penggal turut terkejut dengan keputusan berkenaan.

"Kita pandang berat isu soalan lisan dalam dewan sebab menerusinya kita akan dapat jawapan bertulis.

"Namun bagi penggal kali ini, ia langsung tidak dijalankan," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment