My Add

Wednesday 3 July 2013

Henti persoal, pertikai kuasa pelantikan Sultan Johor

JOHOR BAHARU, SELASA, 02 Julai, 2013 Jumaah Majlis Diraja Johor menasihati mana-mana pihak supaya tidak mengambil kesempatan menyoal atau mempertikaikan kuasa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam hal berkaitan pelantikan Datuk Tee Siew Kiong sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Yang Dipertuanya, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad berkata, kenyataan media yang dikeluarkan oleh beberapa pihak tertentu sebelum ini berhubung isu pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang itu, bukan sahaja boleh mengelirukan rakyat, malah telah diperbesar-besarkan dengan tujuan tertentu oleh pihak berkenaan.

"Sultan Johor mempunyai kuasa melantik di bawah Fasal 4, Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 untuk melantik sebuah majlis mesyuarat kerajaan serta melantik tidak lebih daripada 10 antara ADUN ke dalam Exco tersebut.

"Tuanku telah melantik seorang ahli daripada kaum Cina untuk memegang jawatan Exco bagi menentukan keadilan dan keseimbangan.

"Malah sejarah juga menunjukkan perwakilan kaum Cina ke dalam mesyuarat kerajaan pernah dibuat semasa Almarhum Maharaja Abu Bakar pada tahun 1873 bagi tujuan yang sama," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya Jumaah berdiri teguh bersama rakyat Johor menyokong atas titah perkenan Sultan Johor yang bertujuan menegakkan keadilan dengan pelantikan Tee sebagai Exco.

MCA bertindak menggantung keanggotaan Tee selama tiga tahun pada 20 Jun lalu kerana menerima jawatan Exco. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment