My Add

Monday 1 July 2013

Hormati pemilihan Siew Keong sebagai Exco

 JOHOR BAHRU, ISNIN, 01 Julai, 2013: Semua pihak termasuk pemimpin parti politik diminta menghormati keputusan Sutan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Setiausaha Sulit Sultan Johor, Jaba Mohd. Noah berkata, pelantikan itu adalah atas perkenan dan pilihan baginda yang termaktub di dalam Fasal 4 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

"Dengan penjelasan ini diharap semua pihak terutamanya kepimpinan MCA ataupun yang lain haruslah menghormati keputusan yang telah dibuat dan tidak wajar mempertikaikan kuasa baginda sebagai Sultan yang memerintah negeri ini.

"Baginda telah melantik Siew Kiong supaya setiap kaum utama ada wakil dalam barisan Exco negeri. Sehubungan ini, baginda tidak perlu mendapatkan cadangan daripada mana-mana pihak dan juga tidak perlu menjelaskan mengapa Siew Kiong dipilih," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Jaba berkata, apa juga masalah yang timbul dalam MCA yang disertai Siew Kiong, bukanlah menjadi isu terhadap pelantikan beliau sebagai ahli Exco.

Menurutnya, walaupun Siew Kiong dipecat daripada partinya, beliau tetap merupakan ahli Exco kerajaan negeri yang dilantik oleh Sultan Johor. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment