My Add

Wednesday 3 July 2013

IM4U buka Pusat Outreach di United Kingdom

Daripada BAHAROM MAHUSIN

LONDON, SELASA, 02 Julai, 203: Organisasi iM4U yang berkempen untuk menggalakkan semangat kesukarelaan dalam kalangan belia Malaysia membuka rangkaian antarabangsa pertamanya di luar negara dengan pelancaran Pusat Outreach iM4U United Kingdom di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pusat Outreach itu pada satu majlis di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Templewood Gardens di utara London.

Pusat Outreach iM4U United Kingdom itu diberikan dana awal 10,000 pound sterling (RM50,000) untuk menggerakkan aktiviti kesukarelaan dalam kalangan 15,000 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di United Kingdom.

Dana itu ditetapkan untuk membiayai 10 aktiviti pertama Pusat Outreach itu dan para pelajar boleh memohon bantuan kewangan untuk tujuan itu melalui Persatuan Pelajar Malaysia di universiti masing-masing atau melalui Majlis Pelajar Malaysia United Kingdom dan Ireland (UKEC) iaitu pertubuhan induk persatuan-persatuan pelajar Malaysia di United Kingdom dan Ireland.

"Koloborasi iM4U dan UKEC menubuhkan Pusat Outreach antarabangsa itu akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk para pelajar yang menuntut di United Kingdom mengeratkan silatulrahim melalui aktiviti kesukarelaan," kata Pengarah Perkhidmatan Korporat iM4U, Azlan Rudy Malik pada sidang akhbar di sini.

iM4U merancang untuk menubuhkan Pusat Outreach yang sama di negara-negara yang ramai pelajar Malaysia seperti Indonesia, Mesir, Australia dan Amerika Syarikat. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment