My Add

Wednesday 3 July 2013

Nasihat kepada rakyat Malaysia yang tinggal tanpa izin di UK

LONDON, SELASA, 02 Julai, 203: Rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom (UK) tanpa izin diminta melaporkan kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di negara itu bagi pengurusan dokumen sekali gus membolehkan mereka pulang ke tanah air.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Datuk Seri Zakaria Sulong berkata, dianggarkan terdapat 20,000 rakyat Malaysia yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja dan tinggal melebihi tempoh di negara ini.

Menurut beliau, pihaknya bimbang pihak berkuasa UK berkemungkinan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan peraturan visa yang ketat kepada pelawat-pelawat dari Malaysia sekiranya kes-kes penyalahgunaan pas lawatan sosial itu terus meningkat.

"Keadaan agak kritikal kerana daripada keseluruhan negara yang menikmati kemudahan bebas visa untuk masuk ke United Kingdom, Malaysia menduduki tempat ketiga paling banyak penyalahgunaan pas lawatan sosial. Dari segi keseluruhan negara, rakyat Malaysia berada di kedudukan 10 teratas," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

Kata beliau, beberapa buah negara Afrika dan Caribbean yang merupakan anggota Komanwel telah pun kehilangan status istimewa tanpa visa ekoran kes-kes penyalahgunaan pas lawatan sosial oleh pelawat-pelawat dari negara-negara itu.

Zakaria berkata, tingkah laku para pelawat dari Malaysia yang menyalahgunakan kemudahan bebas visa selama enam bulan kini dalam pemantauan tahunan pihak imigresen UK. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment