My Add

Monday 29 July 2013

Inspektor suspek kes Dhamendran serah diri, didakwa esok

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Julai, 2013: Seorang polis berpangkat Inspektor yang diburu bagi membantu siasatan kematian seorang tahanan dalam lokap, Mei lalu telah menyerah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi ini.

Inspektor K. S Hare Krishnan yang menghilangkan diri sejak pertengahan Jun lalu difahamkan telah datang ke Bukit Aman bersama seorang peguam, pada pukul 10.30 pagi.

Dia diburu pihak polis setelah difahamkan terlibat dalam kes kematian N. Dhamendran yang sebelum itu ditahan kerana cubaan membunuh menggunakan senjata api.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati punca kematian Dhamendran adalah disebabkan pelbagai kecederaan di bahagian badannya.

Dalam kes itu, tiga anggota polis yang terlibat telah didakwa di mahkamah, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan pegawai polis tersebut dan memberitahu, suspek akan didakwa di mahkamah esok. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment