My Add

Friday 5 July 2013

Jawatankuasa khas ditubuhkan pantau projek KLIA2

SEPANG, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebentar tadi mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas peringkat kementerian diketuai Timbalannya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi bagi memantau dan membantu Malaysia Airports Holdings Bhd memastikan projek KLIA2 siap mengikut jadual menjelang 30 April 2014.

Beliau berkata, jawatankuasa dianggotai pelbagai pihak termasuk pegawai kanan agensi kerajaan dan syarikat kontraktor itu perlu melaporkan kepadanya mengenai perkembangan projek itu setiap minggu.

Katanya, jawatankuasa terbabit juga perlu memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung punca kelewatan dan peningkatan kos pembinaan KLIA2. - BH

No comments:

Post a Comment