My Add

Monday 29 July 2013

Kedah akan gubal enakmen anti-Syiah - Mufti

JITRA, ISNIN, 29 Julai, 2013: Enakmen anti-Syiah akan dimasukkan ke dalam undang-undang tubuh kerajaan Kedah dalam masa terdekat sebagai respons kepada reaksi positif masyarakat yang turut menentang fahaman Syiah, kata Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin.

Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir telah mengarahkan supaya disegerakan pelaksanaan enakmen itu bagi membolehkan tindakan dikenakan terhadap pengikut Syiah yang menyebarkan fahaman sesat itu menerusi pelbagai cara.

Tindakan akan diambil paling cepat selepas Hari Raya, katanya, ketika ditemui pada mesyuarat Jawatankuasa Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuan Sunni (Giptis) di sini malam tadi.

Beliau mengulas pengumuman Mukhriz baru-baru ini bahawa kerajaan negeri akan mewartakan fatwa anti-Syiah bagi membanteras fahaman itu daripada menular dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi Giptis, Dr. Abd. Aziz Hanafi sementara itu mahu kerajaan mengkaji semula kurikulum Pendidikan Islam sedia ada dalam usaha mengekang fahaman Syiah yang dipercayai turut menular dalam kalangan pelajar. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment