My Add

Monday 29 July 2013

1,000 Teks1M dikecualikan fi pemeriksaan Puspakom

PUTRAJAYA, ISNIN, 29 Julai, 2013: Sebanyak 1,000 Teksi 1Malaysia (Teks1M) akan dikecualikan daripada membayar fi pemeriksaan awal di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bernilai RM70.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini, pengecualian itu susulan permohonan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi individu di bawah program Teks1M dalam usaha kerajaan menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam selain meningkatkan pendapatan pemandu teksi di negara ini. -BERNAMA 

No comments:

Post a Comment