My Add

Tuesday 2 July 2013

Kerajaan India larang pembinaan di tebing sungai

DEHRADUN, India, SELASA, 02 Julai, 2013: Kerajaan tempatan melarang sebarang projek pembinaan di sepanjang tebing sungai di Uttarakhand, negeri utara India kerana bimbang dengan pembangunan haram boleh mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh yang menyebabkan beribu-ribu nyawa terbunuh.

Ketua Menteri Uttarakhand, Vijay Bahuguna semalam berkata, sebuah badan penguatkuasa akan ditubuhkan untuk meneliti sebarang projek pembinaan pada masa akan datang ketika negeri ini melaksanakan kerja-kerja membina semula di kawasan yang teruk dilanda banjir pada 15 Jun lalu.

"Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang projek pembinaan dilaksanakan di sepanjang tebing sungai dan projek pembinaan baharu hanya dibenarkan menerusi peraturan yang ketat," katanya. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment