My Add

Tuesday 2 July 2013

SKMM siasat pencerobohan domain internet tempatan

CYBERJAYA, SELASA, 02 Julai, 2013: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan menerima laporan beberapa nama domain yang didaftarkan di bawah nama domain ‘.com.my ’ telah diceroboh.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, pihaknya telah menghubungi MYNIC, pengendali nama adomain tempatan dan mendapati pencerobohan itu terhad kepada laman web yang berdaftar dengan nama domain ‘.com.my’.

Menurutnya, setakat ini beberapa laman web didapati telah terjejas ekoran pencerobohan tersebut.

“Pencerobohan ini menimbulkan kebimbangan tetapi mujurlah langkah-langkah awal yang pantas telah diambil untuk menangani pencerobohan yang disyaki.

"Setakat ini, perkhidmatan kepada sebahagian besar domain-domain yang telah dikompromi itu sudah pun berjalan seperti sediakala," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, SKMM telah bekerjasama degan pihak polis dengan menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat insiden tersebut. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment