My Add

Monday 1 July 2013

Kos ambil amah Indonesia pada kadar RM8,000

KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Julai, 2013: Kerajaan bersetuju menetapkan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia adalah pada kadar RM8,000 setelah mengambil kira kos-kos yang wujud melibatkan kedua-dua negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin yang bermesyuarat hari ini.

Muhyiddin yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata, keputusan penetapan kos tersebut adalah antara perkara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Mengenai Pekerja Domestik Indonesia di antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia 2011 yang tertangguh pelaksanaannya sebelum ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu kali kesepuluh di bangunan Parlimen, di sini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment