My Add

Monday 1 July 2013

Sumbangan kepada Palestin secara debit langsung

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

 * KAKITANGAN Aqsa Syarif Berhad menunjukkan borang permohonan Direct Debit Aqsa Syarif bagi memudahkan orang ramai membuat sumbangan kepada rakyat Palestin yang boleh didapati di mana-mana cawangan Maybank pada majlis pelancaran Direct Debit Aqsa Syarif Berhad di Dataran Maybank, Bangsar, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 01 Julai, 2013: Badan bukan kerajaan (NGO), Aqsa Syarif Berhad yang terkehadapan membantu rakyat Palestin, hari ini melancarkan inisiatif bagi memudahkan sumbangan disalurkan kepada mangsa kezaliman Israel itu di Gaza.

Dengan kerjasama Maybank Islamic, badan tersebut hari ini melancarkan Direct Debit Aqsa Syarif Berhad.

Pengerusi Aqsa Syarif, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor berkata, melalui inisiatif itu, penderma boleh melakukan sumbangan dengan hanya mengisi borang yang boleh diperolehi di cawangan Aqsa Syarif dan Maybank.

"Penyumbang boleh menetapkan jumlah sumbangan yang mereka ingini dan sumbangan itu dipotong secara automatik dari akaun bank mereka.

"Kita lancarkan inisiatif ini kerana jumlah sumbangan semakin meningkat. Tahun lalu, kita menerima sumbangan berjumlah RM11 juta. Sejak tahun 2010, kita menyalurkan RM17 juta kepada pembangunan rakyat Palestin," kata Dr. Hafidzi.

Beliau menjangkakan dengan pelancaran Direct Debit sebanyak RM15 juta sumbangan bakal diterima tahun ini.

Sementara itu, wakil Maybank, Kaeda Abdul Kadir berkata, melalui inisiatif itu juga kutipan sumbangan dilakukan secara sistematik dan telus.

"Proses Direct Debit ini menyediakan pihak Aqsa Syarif pengurusan secara lebih profesional dalam pengurusan maklumat penyumbang bagi tujuan audit," kata Kaeda.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Aqsa Syarif, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, antara manfaat terhadap inisiatif ialah penajaan anak yatim Palestin dan penajaan hafiz al-Quran. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment