My Add

Wednesday 3 July 2013

Lima lelaki didakwa curi mesin ATM BSN bulan lalu

 * ANGGOTA polis mengiringi lima lelaki ke Mahkamah Majistret atas tuduhan cuba menyamun mesin ATM Bank Simpanan Nasional, di Kuantan Pahang hari ini. - UTUSAN
KUANTAN, RABU, 03 Julai, 2013: : Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencuri mesin ATM (auto-teller machine) milik Bank Simpanan Nasional (BSN), bulan lalu.

Iskandar Lai Loi Mee, 26, Mohd Syaifuddin Jusoh, 34, Hail Lekir Halmi, 29, Fairul Azman Ab Razak, 25, dan Jiva K.Ramasamy, 22, didakwa melakukan jenayah itu di ATM BSN, Jalan Indera Mahkota 5, pada 3.31 pagi, 14 Jun lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara lapan tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Zahan Mohamad Ali membenarkan kelima-lima tertuduh, masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai ini sebagai tarikh prabicara kes.

Sementara itu, Jiva juga mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan iaitu mencuri sebuah kereta di tepi jalan di hadapan sebuah rumah di No 5, Lorong 14/4, Indera Mahkota 14, pada 8.20 malam, 4 Jun lalu.

Pekerja kuari itu didakwa mengikut Seksyen 379A kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Noor Zahan membenarkan dia diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai ini untuk prabicara kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ungku Alfiati Zabedah Ungku Ismail. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment