My Add

Wednesday 3 July 2013

Maut tertusuk besi melantun masuk ke dalam kereta

Oleh AINSAFRE BIDIN

TELUK INTAN, SELASA, 02 Julai, 203: Seorang lelaki maut selepas lehernya tertusuk plat besi yang melantun masuk ke dalam kenderaannya di Kilometer 42, Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat sini semalam.

Ooi Yean Teong, 51, dipercayai melanggar plat besi berkenaan yang kemudian terpelanting memecahkan cermin hadapan Proton Wira dipandunya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Supritendan Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika mangsa bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang selepas makan di sebuah restoran di Sitiawan.

"Mangsa dikatakan terlanggar sebatang plat besi besi melengkung yang kemudian melantun masuk ke dalam kenderaan menerusi cermin hadapan.

"Plat besi berkenaan terkena pada leher mangsa sehingga menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian," katanya kepada pemberita hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment