My Add

Tuesday 2 July 2013

Mesyuarat khas SPR Jumaat ini

PUTRAJAYA, ISNIN, 01 Julai, 2013: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan di ibu pejabat SPR di sini setelah pihaknya menerima pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Kuala Besut daripada Yang Dipertua DUN Terengganu Khamis lalu.

“Selepas itu, satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof bagi mengumumkan tarikh hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerusi DUN Kuala Besut di bawah Parlimen Besut kosong selepas penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru Selasa lalu. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment