My Add

Thursday 4 July 2013

MP BN, PR sepakat kos ambil amah membebankan

 Dr Siti Mariah Mahmud
KUALA LUMPUR, RABU, 03 Julai, 203: Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang hari ini senada ketika menyentuh berkenaan kos pengambilan pembantu rumah warga Indonesia yang disifat hanya membebankan rakyat.

Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) sepakat kerajaan harus mencari mekanisme kukuh untuk mengatasi masalah kebergantungan kepada pembantu rumah warga asing itu, termasuk menaik taraf status pekerjaan itu untuk menarik minat dan penyertaan rakyat tempatan.

Membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Normala berkata kadar RM8,000 yang ditetapkan kerajaan lebih tinggi daripada tahap gaji minimum di Malaysia, iaitu antara RM1,000 hingga RM1,200.

"Kos untuk ambil ditetapkan RM8,000, jika dikira jumlah itu dengan kontrak dua tahun, campur gaji bulanan, tempat tinggal, makan dan peralatan lain, duit yang harus diperuntukkan untuk membayar pembantu rumah melebihi tahap gaji minimum. Ini tidak termasuk levi dan jika mereka sakit juga harus diambil kira," katanya.

Beliau juga mencadangkan kementerian bertanggugjawab untuk menyediakan latihan untuk ibu tunggal, ibu tinggal mahupun suri rumah yang berminat menceburi bidang pekerjaan itu dalam usaha meningkatkan ekonomi rumah tangga.

Beliau juga mencadangkan diberi pelepasan cukai dan levi kepada majikan yang mengambil pembantu rumah seperti mana dilakukan syarikat-syarikat bagi meringankan beban mereka.

Dr Siti Mariah pula berpendapat pekerjaan sebagai pembantu rumah harus dijenamakan semula, misalnya dengan menamakannya sebagai pengurus domestik untuk menarik minat orang tempatan menceburi sektor pekerjaan itu.

"Langkah pertama ialah untuk menarik minat orang tempatan untuk bekerja dalam sektor ini dengan mengubah nama 'rebranding'...kalau kita kata pembantu rumah atau 'maid' mungkin tak ada orang tempatan yang minat nak bekerja," katanya.

Beliau berkata apabila pengiktirafan diberikan kepada pekerjaan itu, penerimaan sosial mungkin akan meningkat dan ini bukan sahaja akan menguntungkan rakyat, malah juga kerajaan kerana masalah pengaliran keluar wang negara dapat dikurangkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment