My Add

Thursday 4 July 2013

Paderi dipenjara 12 tahun kerana cabul pelajar lelaki

VIENNA, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Sebuah mahkamah di bandar Steyr di Austria semalam menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun ke atas seorang bekas paderi yang juga merupakan bekas pengarah sekolah berasrama selepas didapati melakukan jenayah seksual dan penderaan fizikal terhadap 24 kanak-kanak lelaki.

Defendan yang berusia 79 tahun itu didakwa sering memukul, menendang, menarik rambut dan melakukan serangan seksual terhadap kesemua mangsanya.

Defendan mengaku bersalah melakukan kesemua perbuatan itu antara 1970-an, 80-an dan 90-an di sebuah sekolah berasrama di Kremsmuenster di wilayah Upper Austria. - DPA/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment