My Add

Thursday 4 July 2013

Dakwat kekal diguna pada PRK DUN Kuala Besut - SPR

ALOR SETAR, KHAMIS,, 04 Jun, 2013: Dakwat kekal akan digunakan pada Pilihan Raya Kecil Kuala Besut walaupun beberapa kelemahan penggunaannya dikenal pasti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, penggunaan dakwat kekal sudah menjadi sebahagian daripada peraturan pilihan raya di negara ini dan ia perlu diteruskan kerana jika tidak, sesuatu pilihan raya boleh terbatal atau menjadi tidak sah.

Namun penggunaannya akan diberi penambahbaikan, katanya kepada pemberita pada majlis makan malam di sini malam tadi bagi meraikan para petugas SPR di Kedah yang berkhidmat semasa PRU-13.

"Kita akan cari dakwat yang lebih baik. Ini pengalaman pertama kita guna dakwat kekal, sudah tentu banyak kelemahan berlaku seperti dakwatnya boleh dibasuh, lambat kering dan mengotorkan kertas undi," katanya.

Ketika ditanya mengenai warna dakwat yang bakal digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut, Abdul Aziz berkata ia tidak boleh diumumkan kerana dikhuatiri akan disabotaj. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment